Tuesday, September 19, 2017

Ted Bundy Si Tampan Berhati Kering

Dilahirkan sebagai Theodore Robert Cowell pada 24 Nov 1946 di Burlington, Vermont. Lahir sebagai anak luar nikah oleh ibunya yang bernama Eleanor Louise Cowell (1924-2012). Kerana malu melahirkan anak luar nikah, Theodore (Ted) telah diasuh oleh ibu bapa Eleanor sebagai anak sendiri malah menyorokkan identiti sebenar Ted sebagai anak kandung Eleanor malah Eleanor dikenali sebagai kakak Ted.

Pada 1951, Eleanor telah mengahwini Johnnie Bundy dan membawa Ted bersama pindah ke Tacoma Washington. Sejak itu Ted menggunakan nama bapa tirinya sebagai nama keluarga yang kemudiannya dikenali sebagai Ted Bundy. Ted Bundy seawal umur 3 tahun dikatakan gemar bermain pisau. meningkat usia remaja Ted semakin nakal dan terlibat dengan kes kecurian. Membesar sebagai seorang yang tampan dan cerdik menjadikan Ted seorang yang popular dikalangan wanita.

Ted Bundy telah menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi pada tahun 1972 di Universiti Washington. Ted dikhabarkan mula membunuh sejak putus cinta dengan kekasihnya yang bernama Stephanie Brooks pada tahun 1974. Namun sehingga kini tiada siapa yang tahu sejak bila dia benar-benar membunuh kerana Ted sering mengubah-ubah ceritanya. Ted telah memberitahu Nelson bahawa dia telah melakukan penculikan pertamanya pada tahun 1969 di Ocean City, New Jersey tapi tidak pernah membunuh sehinggalah pada tahun 1971. Manakala kepada Psikologist yang bernama Norman Ted telah mengisahkan kononnya dia telah membunuh 2 wanita di Atlantic City pada tahun 1969 ketika melawat keluarganya di Philadelphia.

Kisah Ted Bundy ni terlalu panjang sebenarnya jadi aku cuba ringkaskan. Ted ni sebenarnya putus cinta dengan girlfriend pertamanya yang dia sangat-sangat gilakan pada tahun 1968. Tapi kemudiannya ketika Ted menjadi seorang yang berjaya Ted dikatakan telah bertemu dan menjalinkan semula hubungan dengan Stephanie yang kemudian dia tinggalkan sebagai tanda membalas dendam pada tahun 1974. Pada tengah malam 4 Jan 1974 selepas putuskan hubungan dengan Stephanie Ted telah menceroboh masuk ke bilik Karen Spark ketika itu berusia 18 tahun (seorang pelajar University Washington). Karen yang ketika itu sedang tidur telah dipukul berulangkali hingga tidak sedarkan diri dan kemudiannya telah dirogol. Akibat kejadian itu Karen tidak sedarkan diri selama 10 hari, dia kemudiannya disahkan cacat seumur hidup. Sejak itu kejahatannya berleluasa. Pada tahun 1975 dia telah ditangkap selepas salah seorang mangsanya berjaya melarikan diri dan telah membuat laporan polis. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.

2 tahun kemudian dia berjaya melarikan diri namun telah ditangkap semula selepas 8 hari terlepas. Pada tahun yang sama dia sekali lagi melepaskan diri, kali ini polis hanya menyedari kehilangannya selepas 15 jam dia melarikan diri. Dia kemudiannya telah pergi ke Tallahase, Florida. Menggunakan pelbagai nama seperti Chris Hagen, Kenneth Misher, Officer Roseland, Richard Burton dan Rolf Miller dia berjaya melepaskan diri lebih kurang setahun. Pada 14 Jan 1978, setan berwajah tampan ini telah memecah masuk ke Chi Omega Sorority House, Florida State University dan telah menyerang 4 orang pelajar perempuan dan 2 daripadanya meninggal dunia. Polis menggiatkan pencarian mereka. Pada 8 Feb tahun yang sama Ted telah menculik dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun bernama Kimberly Leach. Dia kemudiannya berjaya ditangkap beberapa hari kemudian. Dia telah dijatuhkan hukuman mati menggunakan kerusi elektrik pada 24 Jan 1989 ketika berusia 43 tahun.

Sepanjang perbicaraannya Ted langsung tidak menunjukkan sebarang penyesalan malah dia dilihat sebagai orang yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Aku pernah menonton perbicaraannya di channel 732 beberapa tahun lepas..memang sakit hati. Dia mampu tersenyum dan berbangga dengan pembunuhan yang dia lakukan. Malah digambarkan oleh seorang penulis yang bernama Ann Rule  "The most cold-hearted son of bitch you'll ever meet".

Dia mengakui telah melakukan lebih daripada 30 pembunuhan namun menurut pakar anggaran pembunuhan yang dilakukan Ted menghampiri 100 kes. Kisah Ted ni terlalu panjang dan terlalu kejam. Aku tak nak detailkan kekejaman yang dia lakukan sebab terlalu kejam..nanti tak pasal-pasal blog aku ni jadi blog 18 SG haha.. kalau korang nak tau lebih lanjut boleh google and search je nama mamat tak guna ni. Moral of the story..tak yah la kejar sangat mamat muka hensem..hahaha..



Sandwich Telur Roti Tesco..

Hahaha..tajuk tak leh blah kan? Tapi semalam balik keje gigih singgah Tesco Ampang nak beli roti ni je. Maklum laa..orang ajet-ajet nak diet memang gini. haha..sebenarnya nak share dengan korang yang sebenarnya kita tak perlukan pun bajet yang mahal-mahal untuk buat menu yang menarik dan sedap. Cam sandwich aku buat ni..kalau kat bakery dah berapa hengget dia caj kan??

Menu yang simple dan menarik ni biasanya anak-anak suka. Budak-budak memang suka kalau nampak makanan comel-comel. Mak-mak yang selalu buntu nak wat minum petang atau sarapan untuk anak-anak leh try buat sandwich ni..tau korang biasa buat tapi cuba tukar jenis roti pastu hias-hias sikit..budak mesti suka. Cam sandwich aku ni nampak ala-ala burger sikit..budak-budak pulak memang suka sangat makan burger..kali ni bagi diaorang makan healthy burger pulak..hahaha..

Nah..aku bagi resipi (walaupun dah tau korang memang dah pandai buat wakakaka..) Untuk 2 biji sandwich ni aku cuma guna sebiji telur je.

Bahan-bahan :

Wheat soft bun (aku beli yang Tesco je baru RM2.65, dalam tu ada 5 biji)
Telur rebus
mayonis
sedikit garam
salad (aku guna sehelai je koyak 2 utk 2 biji sandwich ni)
timun (hiris nipis)

Cara-cara :

Lenyekkan telur rebus dengan garfu
masukkan sikit garam
masukkan sesudu mayonis
gaul rata
belah 2 roti wheat bun yang beli kat tesco tu (hahaha) - tapi jangan belah kasi putus.
letakkan salad
letakkan hirisan timun
masukkan telur yang dilenyek bersama mayonis dan garam tadi.

Tadaaaa....dah siap..boleh makan. Nak sediakan pun x sampai berapa minit..





Monday, September 18, 2017

Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm

Lately ni aku mula jatuh cinta dengan semua produk Cosmoderm yang aku cuba. Sekarang paling buat aku jatuh cinta ialah dengan Vitamin E Cream 3,000 I.U with Rosehip Oil. Sungguh jatuh cinta. Aku pakai krim ni pagi dan malam sebelum tidur. Memang nampak perubahan kat muka aku. 

Sejak yang aku jatuh sakit awal tahun hari tu, aku memang tak jaga muka. Sudahnya jerawat mula naik dan tinggalkan parut-parut hitam dimuka. Sejak guna Vitamin E Cream keluaran Cosmoderm ni aku mula nampak perubahan, parut semakin menipis dan rasa kulit semakin halus. Lagipun Vitamin E Cream 3,000 I.U with Rosehip Oil ni teksturnya ringan dan tidak berminyak. Aku dah banyak cuba vitamin E krim tapi rasa tak sesuai sebab terlalu berminyak. Tapi Vitamin E Cream Cosmoderm ni langsung tak berminyak dan terus meresap ke dalam kulit.

Vitamin E Cream 3,000 I.U Cosmoderm ni adalah pelembap yang berkhasiat dan kaya dengan anti-oksidan untuk memperbaharui, melindungi dan menyihatkan kulit untuk anti-penuaan dan pemudaran parut. Ia juga terbukti berkesan dalam pemulihan semula kulit kering dan rosak, memudarkan parut jerawat, kemalangan dan pembedahan. Selain itu ia juga membantu mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam. Juga amat berkesan dalam melindungi dan menyihatkan semula kulit wajah yang terdedah kepada bahan kimia yang mengikis permukaan kulit dan iklim kering, panas dan sejuk. Jadi kalau korang merancang untuk travel jangan lupa bawak krim ni. Aku dah cuba dan aku sangat berpuas hati. Tapiiiii..korang kena la sabar sikit sebab untuk dapat hasil yang baik bukan amik masa sehari dua. Jangan lah pulak malam ni pakai esok harap terus hilang semua parut kat muka tu.

Cuba lah korang krim ni..murah je tak mahal pun..harga mampu milik cuma RM27 je untuk krim 50 ml ni. Lama boleh pakai. Aku dah pakai sebulan masih tak luak-luak lagi.. Camne nak dapatkan? Korang boleh beli secara online di LAMAN WEB COSMODERM atau di farmasi-farmasi terpilih seluruh Malaysia seperti Guardian, Vitacare, Aeon Wellness & Independent Pharmacy.






Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka


Jika anda mencari destinasi percutian yang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya.



Pantai yang indah boleh dijumpai di Tanjung Bungah yang terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi dan hanya 30 minit saja jika anda memandu dari Georgetown. Pantai ini merupakan destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana di sini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.



Kalau anda ingin tahu tentang budaya dan cara hidup kaum Peranakan anda boleh ke muzium Pinang Peranakan di George Town. Di sini terdapat beberapa pameran yang menunjuk kehidupan harian kaum peranakan seperti baju tradisional dan jenis perabot yang digunakan untuk menghias rumah mereka. Reka bentuk dan susunan perabot yang dilihat di dalam bangunan ini berjaya membuat anda rasa seperti kembali ke zaman peranakan dahulu.  



Tahukah anda terdapat 370 jenis buah –buahan yang boleh dimakan di Malaysia? Kalau anda nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang. Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buah-buahan exotic yang terdapat di negara kita.
Kerana kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempat terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempat terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.
Sebelum ia diubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua. Di dalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peninggalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.


Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.  



Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.  


Jika anda ke Penang dan tidak tahu hotel mana yang ingin anda tuju? Hotel Equatorial Penang
adalah jawapannya. Terletak 250 kaki di atas paras laut, Hotel Equatorial Penang menawarkan penginapan dengan WiFi percuma dan kolam renang luaran sepanjang 50 meter. Para tetamu boleh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, kedua-dua Jambatan Pulau Pinang dan hab perdagangan yang sibuk di Bayan Lepas dengan mudah. Ia terletak 20 minit memandu dari bandar warisan UNESCO, George Town melalui lebuh raya.

Bilik-bilik dan suite serba lengkap yang dihias indah ini menawarkan kemudahan yang pelbagai dari bar mini hingga TV protokol internet (IPTV) yang menyediakan filem atas permintaan di bilik secara percuma. Semua bilik menyediakan balkoni individu.


Pilihan riadah termasuk kemudahan pusat kecergasan yang serba lengkap, urutan dan spa, skuasy tertutup, tenis luaran, serta kawasan mendaki dan laluan berlari-lari anak yang terletak berhampiran. Ia juga mempunyai perkhidmatan ulang-alik sehala percuma ke pusat beli-belah utama, pantai Batu Feringgi dan bandar warisan di George Town. Bersebelahan dengan hotel dan boleh didapati dengan mudah adalah Kelab Golf antarabangsa Penang 18 lubang.


Pilihan tempat makan termasuk masakan Perancis di The View, hidangan istimewa Kantonis/Szechuan di Golden Phoenix, makanan Jepun yang lazat di Kampachi, masakan antarabangsa serta tempatan di nada lama dan lounge tepi kolam renang di nadaba.

So jika anda tak mahu buang masa, jom menempah bilik anda sekarang dengan traveloka,jaminan jimat berbaloi-baloi. Tunggu apa lagi? klik aje www.traveloka.com
cepat book hotel Equatorial Penang online untuk dapatkan harga yang terbaik.


Sunday, September 17, 2017

Pembunuhan paling kejam di Malaysia

Sedih dengan apa yang terjadi pada para syuhada' yang terkorban di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah minggu lalu. Lebih sedih bila dapat tahu bahawa kejadian tersebut adalah perbuatan khianat yang dilakukan juga oleh kanak-kanak dan remaja akibat dendam. Tidak keterlaluan rasanya jika aku sifatkan bahawa ini adalah pembunuhan paling kejam dan sadis yang berlaku di Malaysia. Aku sedih kerana si pelakunya semua adalah anak keturunan melayu yang beragama islam. Mengikut sisatan polis, enam daripada tujuh suspek positif dadah..lagi luluh hati aku mendengar perkhabaran itu. Entahlah..pada pendapat peribadi aku, aku tegaskan kurangnya didikan agama adalah punca tercetusnya segala perlakuan yang diluar jangkaan. kenapa aku kata begitu? sebab jelas terlihat depan mata sekarang anak-anak muda kini memang cetek bab agama. Salahkan siapa? ibu bapa? guru? takk..pada aku yang paling ketara patut dipersalahkan adalah pemimpin. Kenapa? sebab jadikan Malaysia negara Islam yang tidak berlandaskan Islam sebenar. Bukan takat tu malah menjadikan kita rakyat ni seperti hamba duit..kerja siang malam (anak-anak sering terabai dan kadangkala anak-anak lebih rapat dengan pengasuh berbanding dengan ibu bapa sendiri) bagi menampung keperluan hidup kerana kepincangan mereka dalam memimpin..mana mungkin kita ada masalah ekonomi kalau kita juga turut membantu memperkukuhkan ekonomi negara besar (huh!!) ok ketepikan bab pemimpin..malas nak ulas bab tu.



Berbalik pada kisah si pelaku yang masih bawah umur ni. Mereka terang-terang berfikir seperti seorang professional dan bertindak sebagai seorang dewasa..pada aku selayaknya dibicarakan sebagai seorang dewasa..yup..302 sangat sesuai. Mohon jangan ada yang kata 'maafkan lah mereka kerana mereka masih budak, tak tau berfikir'. kalau diaorang tak boleh berfikir, diaorang tak akan bertindak sekejam itu..pada aku diluar batas pemikiran seorang dewasa yang normal. Jarang sebenarnya aku nak berbicara soal ini tapi terkadang sesetengah pemikiran dangkal manusia menyebabkan aku rasa kurang sabar. Mungkin mereka tak ambil iktibar apa yang telah terjadi di luar negara. Mungkin juga tak buka mata dan kurang pengetahuan. Kurang tau apa itu Sociopath atau apa itu psychopath. Aku tak kata yang si pelaku adalah penghidap sociopath atau psychopath yang aku nak sampaikan ialah antara sifat-sifat sociopath dan psychopath ini ialah kurangnya rasa simpati dan kebolehan untuk memahami orang lain. Malahan psychopath lebih teruk berbanding sociopath sebab psychopath langsung tak ada hati nurani berbanding sociopath yang ada hati nurani tapi sangat kurang berbanding kita yang normal. Itulah sebabnya periksa latar belakang keluarga sebenarnya penting. Banyak kejadian yang diluar batasan manusia berlaku kerana 2 jenis penyakit ini dan bila disusuri kisah hidup ramai antaranya yang lahir dari keluarga yang kucar kacir, mangsa deraan dan buli. 

Kejadian-kejadian yang hampir sama seperti yang telah terjadi pada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini sebenarnya dah lama dulu terjadi di negara luar. Misalnya pada 20 April 1999, 2 orang remaja berusia 17 & 18 tahun telah membunuh seramai 13 orang dan mencederakan 24 orang yang lain menggunakan senjata api dan pisau. Si pelaku Eric David Harris (18 tahun) dan Dylan Bennet Klabold (17 tahun) merupakan pelajar di Columbine High School yang telah mengamuk di sekolah mereka bermotifkan dendam kerana mereka menjadi mangsa buli di sekolah. Malah Eric juga telah didapati menghidap psychopath. Kedua-dua mereka telah membunuh diri sejurus melakukan perbuatan yang tidak tercapai dek akal ini. 

Kenapa aku kaitkan kisah Eric & Dylan ini dengan kisah yang berlaku di Tahfiz? sebab si pelaku yang berhati kering ini adalah remaja..sama macam si pelaku yang telah ditangkap. Mereka ini jika tidak diberikan hukuman setimpal tidak mungkin akan menyesal. Terbaca aku laporan diakhbar tentang keluarga suspek membuat laporan polis berikutan gambar anak mereka viral..hurmmmm.. tak tau nak cakap apa..sebab anak korang yang jahat..camne kalau keluarga mangsa saman korang beramai-ramai? Maaf..aku tak ada rasa simpati pada suspek kerana mereka bertindak seperti iblis..soal nyawa bukan soal main-main. Apatah lagi 23 nyawa..hurm..



Friday, September 15, 2017

Matcha Azuki Cheese Tart dari Hokkaido Baked Cheese Tart

Aku penggemar cheese..sangat-sangat..Kat bawah opis aku ni ada Hokkaido Baked Cheese Tart. Memang selalu gak la mengunjunginya..hahaha..biasa aku try yang biasa, chocolate & durian. Tapi ni tergerak hati nak cuba yang Matcha Azuki..green tea tapi dalam dia ada ini kacang. "Azuki" tu maksudnya kacang merah dalam bahasa Jepun.

Rasanya..cam biasa la kan..makan panas-panas..cheese meleleh keluar..ada pulak kacang merah dalam tu..perghhh..jangan kata mertua..boss lalu belakang pun memang tak nampak la sebab asyik menikmati rasa cheese yang melimpah ni. Haishhh..memang sedap pulak-pulak ada green tea panas-panas depan mata dihidangkan. Ye la..lawan manis mesti lah tawar..Matcha Azuki Cheese Tart ni yang menariknya ialah tidak terlalu manis..yang sedang-sedang saja..yang penting dia setia..lalalala..eh..ternyanyi dangdut si Iwan plak.

Tapi kannn..aku nak buat pengakuan jujur kat korang..sebenarnya aku dah makan ni 3 minggu lepas tapi baru hari ni aku update blog pasal Matcha Azuki Cheese tart dari Hokkaido Baked Cheese Tart..wakakaka..

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Hokkaido Baked Cheese Tart ni gi je kat laman web diaorang ye Hokkaido Baked Cheese Tart



Thursday, September 14, 2017

Siapa The Blood Countess Elizabeth Bathory?

Dilahirkan pada 7 Ogos 1560 dalam keluarga bangsawan yang kaya raya, Elizabeth Bathory adalah seorang countess Hungary. Salah seorang sepupunya adalah Perdana Menteri Hungary. Telah berkahwin pada usia 15 tahun  (tahun 1575) dengan Count Ferencz Nadasy yang ketika itu berusia 25 tahun. Oleh kerana Count Ferencz Nadasy dari keluarga bangsawan yang lebih rendah darjatnya maka Elizabeth mengekalkan nama keluarga beliau iaitu Bathory.

Selepas berkahwin mereka tinggal di istana Cachtice yang terletak di Slovakia. Oleh kerana suami beliau iaitu Count Ferencz sering keluar berperang yang ketika itu hebat berperang menentang kerajaan Uthmaniah, maka Elizabeth sering merasa kesunyian dan bermula itu dia sering curang malah mempunyai hubungan sejenis dengan Countess Klara Bathory. Dia juga kemudiannya telah terpengaruh dengan kegiatan satanisme yang telah diperkenalkan oleh Dorothea Szentes.

Ketika berusia 40 tahun, Elizabeth Bathory mula merasa bimbang tentang kecantikkannya yang mula pudar dan mula terfikir pelbagai cara untuk mengekalkan kecantikkannya. Pada suatu hari, Elizabeth telah menampar salah seorang dayangnya yang ketika itu tertarik rambut Elizabeth ketika menyikat rambut tuannya itu. Kerana tamparan itu terlalu kuat, darah mula memancut dari hidung dayang tersebut. Bermula dari situ Elizabeth terfikir bahawa darah dapat mengekalkan kecantikan dan awet muda. Dayang tersebut telah diheret ke bilik mandi, dipotong nadinya dan darahnya ditadah untuk dijadikan mandian serta diminum oleh Elizabeth. Semenjak itulah kekejaman beliau berleluasa hingga mengorbankan 650 nyawa gadis muda.

Pada 30 Dec 1610 tentera telah menyerbu ke istana Cachtice setelah mendapat aduan tentang kekejaman Elizabeth. 4 orang pembantu beliau telah ditangkap dan dijatuhi hukuman mati namun Elizabeth telah dibiarkan hidup namun dikurung di dalam kamarnya. Elizabeth mati di dalam tahanan di dalam kamarnya setelah 4 tahun kemudian. Dia adalah antara orang yang terkejam dalam sejarah dunia.

Sebenarnya kisah ni sangat-sangat panjang tapi aku ringkaskan sebab aku faham korang mesti malas nak baca kalu panjang-panjang sangatkan? hahaha..kalau yang sejenis dengan aku yang suka nak tau lebih lanjut korang boleh klik je DI SINI.

Elizabeth Bathory a.k.a The Blood Countess

Ni la Istana Cachtice



Featured Post

Ted Bundy Si Tampan Berhati Kering

Dilahirkan sebagai Theodore Robert Cowell pada 24 Nov 1946 di Burlington, Vermont. Lahir sebagai anak luar nikah oleh ibunya yang bernama El...